Assalamu`alaikum warahmatullahiwabaarakaatuh.
Ini adalah salah satu kitab karya susunan seorang Ulama Sufi iaitu Al-Syiekh Abdul Rauf bin Ali Fansuri. Beliau adalah murid kepada seorang ulamak sufi yang masyhur dan amat terkenal di seluruh dunia, lebih-lebih lagi di Nusantara ini iaitu Al-Syeikh Hamzah Al-Fansuri. Ketinggian ilmu Al-Syeikh Hamzah Al-Fansuri memang tidak boleh dipertikaikan sehingga ada ulamak lain yang cemburu menuduh beliau sesat dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, kebenaran itu tetap terpancar pada hati orang-orang yang beriman, sebab itulah segala mutiarakata dan intipati ilmu beliau masih menjadi bahasan dan pegangan umat Islam sehingga sekarang kerana apa yang disampaikan pada umat Islam itu beserta Nur llahi (cahaya kebenaran). Di antara karya Al-Syeikh Hamzah Al-Fansuri adalah seperti berikut:
1). Syarb al- 'Asyiqin atau Zinatul Muwahhidin.
2). Asrar al-'Arifin fi Bayan 'Ilm as-Suluk wa at-Tauhid.
3). Al-Muntahi.
4). Ruba'i Hamzah Fansuri.
5). Kasyf Sirri Tajalli ash-Shibyan.
6). Kitab fi Bayani Ma'rifah.
7). Syair Si Burung Pingai.
8). Syair Si Burung Pungguk.
9). Syair Sidang Faqir.
10). Syair Dagang.
11). Syair Perahu.
12). Syair Ikan Tongkol.
Seperti juga kitab Mawa‘izhi Libadi‘ati karya Al-Syiekh Abdul Rauf bin Ali Fansuri yang telah diterjemahkan oleh mereka yang ahli pada babnya, pihak kami juga sedang mendapatkan kitab-kitab terjemahan dari beberapa kitab karangan Al-Syeikh Hamzah Al-Fansuri. Harapan kami semoga ini umat Islam dapat mencungkil segala rahsia dan ilmu yang sangat berharga dalm karya berkenaan sebagai santapan rohani dalam proses mengamalkan ajaran Islam terutamanya ilmu atau bab yang membicarakan tentang hati. Insya`Allah.
Kandungan Kitab
1. Mukaddimah
2. Isi Kandungan Mawa‘izhi Libadi‘ati
(Al -Syeikh Abdul Rauf Bin Ali Fansuri)
3. Sedutan Kitab Sirr Al-Asrar`
(Sultan Aulia` Syeikh Muhiyiddin Abdul Qadir Jailani)
4. Syair Perahu
(Al -Syiekh Hamzah Al-Fansuri)
Spesifkasi Kitab Mawa‘izhi Libadi‘ati:
Karya: Al -Syeikh Abdul Rauf Bin Ali Fansuri
Terbitan Pertama : 1901M (1225H
Cetakan Kedua : 1999 - Edaran Terhad.
Cetakan Ketiga : 2010
Ketebalan : 40 mukasurat
Harga : RM5.
*********************************************************************
Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan 1431 yang mulia ini, sukacitanya pihak kami berserta semua penganjur dan penaja mengambil kesempatan untuk mencetak kembali karya bermutu ini untuk diagih-agihkan ke beberapa surau atau masjid secara percuma setakat mana yang kami mampu lakukan dengan izin Allah swt. Usaha ini memberi peluang bagi umat Islam yang ingin menginfakkan rezeki yang Allah swt kurniakan atas perkara agama. Pada kebiasaan, ramai yang bermurah hati untuk menderma makanan dan lain-lain di masjid sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, apa kata kita beralih pula menginfakkan rezeki dari sudut ilmu. Insya`allah ada keberkatannya.
Melalui sumbangan Karya ini, insya`allah, sebagaimana yang dijanjikan Allah swt, sudah pasti balasan pahala akan diperolehi untuk bekalan akhirat. Kelebihanya di sini adalah, selagi kitab ini masih berada di masjid, maka selagi itulah pahala akan mengalir. Pahala akan terus mengalir jika ilmu yang dimiliki di dalam kitab ini disampaikan pula pada orang lain seterusnya sehinggalah hari kiamat, insya`allah.
Kitab ini sangat murah berbanding dengan nilai ilmu di dalamnya, oleh itu pelaburan ini merupakan satu perkara yang amat kecil tetapi (insya`allah) akan memberikan pulangan dan manafaat yang besar pada penaja samada di dunia maupun di akhirat.
CARA PENAJAAN:
Bilangan tajaaan :
Tiada had untuk bilangan naskah tajaan. Jika menaja lebih dari satu naskah , satu naskah akan diposkan kepada penaja ( sila tambah RM2 untuk urusan pos bagi yang membeli untuk diri sendiri sahaja).
Cara membuat tajaan:
Penaja boleh membuat pembayaran tajaan secara online kepada akaun berikut:
Nama Akaun : Pustaka Global , Maybank.
No.Akaun: 5645 5712 5471
Pembayaran juga boleh dibuat melalui mesin tunai @ ATM atau di kaunter Maybank.
Setelah membuat pembayaran, emailkan maklumat berikut:-
(a) Nombor transaksi.
(b) Jumlah naskah.
(c) Nama dan alamat ( Satu naskah akan diposkan ke alamat ini).
Kepada pustakaglobal.payment@gmail.com atau SMS ke: 013-6286121
Pihak kami mengucapkan ribuan terimakasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini sempena sambutan bulan Ramadhan 1431.
Wassallam.